Wednesday, December 26, 2012

The Closing Activity of 2012


Sabtu hujung minggu ini belum pasti. Hati kuat menarik-narik untuk buat aksi. Entah solo entah berteman. Jika semua geng sibuk aksi solo terpaksa diteruskan. Persediaan sudah semua lengkap. Cuma yang belum adalah bekalan minyak untuk perjalanan berkenaan. Dalam banyak hal kapten IAT atau GIN yang tanggung semua. Biasanya, ahli hanya akan keluar modal sekali dalam 7-8 aktiviti. Kemudian kalau hasil kurang, kapten juga selalu beralah dengan hanya mengambil jumlah minima untuk keluarga kecil berbanding dengan keluarga yang besar atau ahli yang jarang-jarang keluar berasi....

Kalau dapat untuk keluar beraksi pada Sabtu ini, ia akan menjadi aktiviti penutup bagi tahun 2012. Ini adalah kerana pada hari Ahad tidak mungkin akan dapat membuat aktiviti di laut sebab mempunyai komitmen kemasyarakatan dengan kampung orang Kuala Mengalong, Sipitang.

Dalam melunaskan aktiviti yang diminati, komitmen terhadap kehidupan bermasyarakat juga jangan dilupakan.....

No comments:

Post a Comment