Kesempatan pada cuti awal tahun mingu lalu sambil mengurus persekolahan anak yang memasuki tahun dua di SK Pekan Sipitang membolehkan saya berjumpa dengan nelayan part timer semasa sedang menunggu anak balik di pintu pagar sekolah. Meskipun kesempatan ini terhad, tetapi bagi peminat aktiviti tempur di laut maklumat sedikit amat berharga untuk mengetahui apa perkhabaran yang berlaku di laut dalam satu-satu masa.
Digelar dengan nama Gani Yandah (Rendah dalam dialek tempatan) merupakan nelayan part timer yang hanya keluar untuk memancing pada hujung minggu. Ini kerana beliau berkhidmat sebagai pemandu bas sekolah milik beliau sekitar pekan Sipitang.
Dalam kesempatan ini beliau bercerita mengenai amukan ikan tenggiri di perairan JTySFI. Menurut beliau ada nelayan yang berjaya memperoleh sehingga 4 ekor dengan anggaran berat 4-6 kg setiap ekor. Namun untuk menjerat spesis ini bukan satu tugas mudah. Ini adalah kerana spesis ini mempunyai 'taste' yang tinggi disamping mempunyai gaya tahan dan taktikal yang pintar.
Apa yang saya maksudkan dengan taste yang tinggi adalah, spesis ini lebih berminat dengan umpan hidup seperti kembung, selar atau belanak. Jika menggunakan umpan mati harapan untuk mendapat sambaran adalah kecil, kerana sifatnya sebagai pemangsa yang aktif. Walau bagaimanapun, jika menggunakan umpan mati, umpan yang paling sesuai adalah 'ikan parang' yang kulitnya berkilau sambil dibuai air. Namun menggunakan umpan jenis ini memerlukan sekurang-kurangnya dua mata pancing yang dicangkun antara kepala dan tengah bagi mengelakkan serangan dibahagian ekor dan jika ini berlaku kita akan berputih mata.
Satu lagi taktik kotor ikan tenggiri adalah sikapnya untuk melepaskan diri daripada pemancing. Biasanya sejurus tertancap mata pancing ia akan melarikan tali sekuat mungkin, dan dalam berapa saat ia seolah-olah telah melepaskan diri. Dalam keadaan inilah pemancing harus menggulung tali pancing secepat mungkin supaya tegang dengan tujuan mengelakkan si tenggiri memutuskan tali pancing. Gigi tajam si tenggiri memang terkenal dengan tabiat memutuskan tali pancing. Perlakuan menarik kencang dan mengendurkan talipancing berlaku sehingga beberapa kali. Itulah tabiat si tenggiri. Jika ingin bertarung dengan spesis ini pastikan kita mempunyai stamina yang kuat disamping tahu taknik untuk mengalahkannya.
Disebabkan spesis ini mempunyai gigi yang tajam, perambut dawai atau wire leader amat penting. Jika menggukakan mono besar kemungkinan kita berputih mata olehnya.......
No comments:
Post a Comment