Tidak ramai yang mengetahui bahawa lubuk ikan tidak semestinya ditempat yang dalam berpuluh meter, tetapi dengan kedalaman kurang daripada 3 meter juga mempunyai penghuni yang cukup banyak sekiranya terdapat kombinasi beberapa faktor, antaranya
Faktor Pertama
Keadaan air yang sesuai, iaitu ada arus sama ada air sedang naik pasang atau sedang surut. Arus pula tidak begitu deras dan tidak juga perlahan sangat. Keadaan arus akan mempengaruhi 'behavior' ikan. Selain itu air tidak juga terlalu jernih dan tidak pula terlalu keruh. Jika terlalu keruh ikan akan menjadi kurang aktif, manakala jika terlalu jernih pula, ikan akan mudah terganggu oleh sebarang pergerakan dari atas bot. Suhu air juga mempengaruhi ikan. Sekiranya suhu air terlalu sejuk biasanya lubuk akan sunyi kerana ikan akan meningggalkan lubuk berkenaan dan berhijrah ke lubuk yang suhu air sedikit panas dan sesuai. Biasanya hujan kurang mempengaruhi suhu air, walau bagaimanapun jika air sungai melimpah ke kuala, ia sedikit sebanyak mempengaruhi suhu air. Tiupan angin dan ribut berpanjangan terutama sekali dari negara bercuaca sejuk seperti Jepun, Korea dan China boleh mempengaruhi suhu air.
Faktor Kedua
Umpan memainkan peranan penting dalam aktiviti memancing. Jenis umpan yang sesuai biasanya adalah terdiri daripada udang hidup, sotong mahupun bilis 'pusu' bagi kebanyakan penduduk Sabah. Namun adajuga ikan yang boleh meratah mata pancing kosong contohnya cencaru boleh dipancing menggunakan apollo, ikan baracuda dan ikan tenggiri menggunakan alat yang berkilau seperti keratan besi steel yang dibuat khas. Dalam banyak keadaan taknik 'menipu' ikan menggunakan umpan palsu ini sedikit lambat menarik perhatian ikan berbanding menggunakan umpan hidup.
Faktor Ketiga
Bunyi bising juga kerap mengganggu ikan terutama sekali jika memancing secara berkumpulan. Bunyi bising akan menakutkan ikan dan jika ikan berkumpulan ia akan menjadi takut dan terganggu. Selain itu dalamkeadaan tertentu terdapat juga gangguan daripada ikan yang lebih besar seperti ikan baracuda. Jika spesis ini ada berhampiran, ikan yang lebih kecil akan takut dan meninggalkan lubuk buat seketika. Jangan hairan jika ikan tengah frenzy tiba-tiba sunyi dan sepi. Ini adalah akibat ikan pemangsa sedang turut mencari habuan di bawah anda.

No comments:
Post a Comment