Beberapa hari yang lalu, geng IAT mendapat info lagi setelah sekian lama tidak dapat dikesan oleh petualang laut, spot si ikan cermin ditemui oleh nelayan tempatan dan masih berfungsi seperti sekian lam dengan stok penimbal yang masih kekal sebagai fixed deposit bak pengundi Sabah kepada BN dan UMNO.
Berita yang diterima amat mengujakan apabila bekalan yang telah diteroka menghasilkan getaran dan permainan yang boleh bertahan sehingga 15 minit setiap kali. Ini bukan cerita palsu jika lubuk ini diteroka asal tahan tenaga dan ' senjata sulit ' berfungsi dengan baik dan selalu di'servis' dengan mengunakan pelincir bermutu tinggi. Masakan tidak setiap pertarungan jika si putih gebu bersaiz mega boleh mencapai 5kg atau lebih. Rekod tertinggi yang dipegang oleh geng IAT adalah 5.5kg dari lubuk berkenaan. Manakala khabar tak sahih kelmarin ada yang mencecah 6kg dengan tangkapan terkecil sekitar 4kg.
Spesis cermin memang mempunyai tenaga yang cukup kuat dan kudrat yang hebat. Pengalaman yang pernag tercipta hampir penulis mengaku kalah apabila menggunakan tali 25lb dengan drag Okuma 3000 dan joran berkapisit 6-12lb menyebabkan semua anggota berasa sakit dan lenguh akibat enjutan demi enjutan yang semakin mendalam.
Dalam mengingati pengalaman bertarung dengan si cermin seberat 5.5 kg kami terpaksa membuka tali sauh sebelum berjaya menaikkannya dengan hanyutan hampir 50 meter dari tempat asal pancing ditarik. Manakala pengalaman paling buruk adalah semasa satu gelung tali pancing dengan kapisiti 120 meter habis ditarik tanpa dapat disekat walaupun dengan mengetatkan drag. Larian ini mengosongkan tali dalam drag dan yang hanya mampu dibuat adalah membiarkan larian sehingga kegulungan terakhir. Larian sedemikian tidak dapat ditahan oleh reel jenama Ryobi ketika itu.
Kini harapan amat kuat untuk mencari permata yang hilang berkenaan dalam masa yan terdekat..........
No comments:
Post a Comment